Laman Utama | Salam dari WM | Jadual Perjalanan | Desakan Kemerdekaan | Poster Le Tour |
LE TOUR DE REFORM BASI Malangnya program ini tidak dapat menarik perhatian golongan reformasi yang berslogankan "kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan". Kenapa program ini tidak mendapat sambutan seperti Black 14? Apakah kegagalan program ini bersangkutan dengan mereka yang telah di tahan di bawah ISA? Kalau itu sebabnya maka kekuatan reformasi hanya terletak kepada kekuatan segelintir pemimpin mereka lalu kini reformasi kian tersendiri dan menanti saat basi. Apakah benar kesimpulan saya atau ianya mungkin satu harapan bagi orang seperti saya yang masih dalam UMNO? Apa pun golongan reformasi harus memikirkan hal ini dengan tersendiri. Risiko atau tidak reformasi tidak sehebat dahulu dan ianya menurut setiap masa. Mungkin suatu berita yang baik untuk kita di UMNO. Tetapi jangan terlampau gembira kerana ketidakhadiran mereka pada program reformasi tidak bermakna undi pada pilihanraya akan datang milik kita. Sebenarnya masalah asas bagi saya kenapa program itu tidak berjaya adalah kerana keghairahan pendokong pembangkang bermain politik lantas menyempitkan jumlah pendokong mereka yang mahukan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau setidak-tidaknya mahukan pengadilan semua keatas bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut. Ini adalah penyebabnya. Politik jugalah yang menghalang tuntutan Reformasi mereka. Saya ulangi sebabnya : MEREKA SEKARANG SUDAH BERPOLITIK. Reformasi jalanan biar mereka buat dan bagi ahli parti jawatan itu penting kerana manalah tau sat-sat dapat jadi menteri. Ada sesiapa dari parti pembangkang mahu berhujah dengan saya mengenai teori ini? Persilakan, kerana saya yakin antara mereka pasti faham apa maksud saya di UMNO-REFORM. Ghazali Mat Dom
|
Sebarkan mesej di bawah: "Le Tour De Reformasi, 31 Ogos 2001, solat jumaat di masjid sekitar KL, 2.30 ptg di Dataran Merdeka, http://tourreformasi.tripod.com , sebarkan 20 X" Hantarkan mesej di atas kepada rakan-rakan anda sebanyak 20 X :
1. Melalui SMS
Fitnah e-Umno WebMarhaen Minda Rakyat Web Reformis NT ISA Komentar Pemantau Black 14 Maaf, masa terlalu suntuk utk wm mencari link-link laman reformasi. |