KEMERDEKAAN HAK RAKYAT oleh Rakyat Prihatin (RAPI) |
Sumber: Umno onlie
Suhakam Bakal Jadi ‘Kambing Hitam’ Puak Gila Demonstrasi
Oleh Musa_Joned
Keputusan Suhakam mencela tatalaku polis ketika menyuraikan demonstrasi haram di Lebuhraya Kesas pada 6 November lalu nampaknya benar-benar memulihkan semangat golongan pembangkang untuk terus–terusan melancarkan demonstrasi sambil menjadikan tempat awam dan jalanraya sebagai gelanggang.
Kalau dulu selepas dari demonstrasi yang gagal itu polis terus mengetatkan kawalan terhadap sebarang percubaan untuk berhimpun di mana kesannya telah secara drastik mengurangkan aktiviti tersebut.
Kini nafas baru diperolehi pembangkang untuk kembali meneruskan acara mingguan popular mereka itu selepas sahaja keputusan Suhakam berjaya menimbulkan tekanan buat pasukan polis.
Terbaru pembangkang telahpun mengatur gerak untuk melancarkan semula perhimpunan besar-besaran yang kerap mereka adakan dahulu dengan kali ini seperti biasa menjadikan Dataran Merdeka sebagai pentas untuk berhimpun.
Perhimpunan yang akan diberi nama ‘Le Tour De Reformasi’ dengan mengambil sempena tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos itu dijangka dikhabarkan akan berlangsung pada jam 3 petang.
Seperti biasa seruan-seruan ke arah meramaikan para peserta perhimpunan telah dibuat melalui laman rasmi yang mendukung Anwar dan cita-citanya iaitu Laman Reformasi dan yang menarik arahan-arahan bagi menjayakan acara ini telahpun mula dikeluarkan serta minta dihebahkan oleh penganjur.
Apa yang menarik bersempena dengan tarikh 31 Ogos yang jatuh pada hari Jumaat itu para peserta diminta oleh penganjur agar mengadakan solat Jumaat di masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Jamek, Masjid India, Masjid KLCC dan juga Masjid Kampung Baru.
Nampaknya begitu teliti perancangan ini dibuat sehinggakan masjid untuk solat Jumaat dan sekaligus menghimpunkan golongan mereka ini juga dikenalpasti di mana yang menariknya masjid-masjid ini memang menjadi tempat strategik untuk berkumpul hatta sekaligus boleh menarik dan mempengaruhi ‘crowd’ untuk turut serta.
Lebih menarik lagi 31 Ogos yang jatuh hari Jumaat itu merupakan hari cuti umum manakala Sabtu pula minggu ketiga maka ini merupakan ‘bonus’ pembangkang untuk kembali menghidupkan perhimpunan mereka dengan andaian ramai dari luar yang akan memenuhi ibu kota.
Nampaknya keputusan Suhakam pada Selasa 21 Ogos lalu menyalahkan cara polis menangani pembangkang yang berhimpun secara haram di Lebuhraya Kesas tepat pada masanya.
Secara serta merta penganjuran perhimpunan itu dihebahkan dengan waktu yang dipilih pula pada ketika seluruh rakyat Malaysia sedang sibuk menrayakan hari kemerdekaan negara itu.
Apa yang pasti seperti kelazimannya acara kemerdekaan akan mendapat liputan meluas dari pelbagai saluran media dalam dan luar negara dan pada ketika itu bagi pihak yang dahagakan berita-berita semasa yang agak sensasi, perhimpunan puak-puak pembangkang yang bakal memenuhi Dataran Merdeka pada hari itu merupakan bonus bagi mereka.
Apatah lagi jika pada ketika itu perhimpunan dihadiri oleh lautan pembangkang dengan pihak polis tidak berbuat apa-apa lantaran lebih berhati-hati, maka barang pasti bahan berita yang bakal disampaikan akan menjurus kepada betapa kerajaan yang ada jelas ditolak oleh masyarakat negara ini.
Lebih menarik lagi pihak media yang berkepentingan itu bakal menggunakan skop perhimpunan golongan pembangkang ini sebagai bukti kononnya majoriti rakyat negara ini inginkan reformasi dalam pemerintahan.
Jadi kita tunggulah detik 31 Ogos yang menjadi medan untuk pembangkang berhimpun beramai-ramai tatkala kegiatan mereka sudahpun mendapat perlindungan dari Suhakam yang jelas kelihatan menyebelahi mereka.
Walaupun pada ketika itu wujud kesesakan lalu lintas serta mengganggu ketenteraman pihak-pihak yang sedang menikmati cuti mereka di sekitar ibu kota, tidak perlulah pihak-pihak yang terganggu itu ambil hati kerana ‘prioriti’ mesti diberi kepada pembangkang yang sedang menggila untuk berhimpun.
Apa yang dapat dijangkakan ialah dengan bermulanya perhimpunan 31 Ogos ini maka akan menyaksikan kembali hidupnya acara mingguan demonstrasi dan perhimpunan golongan pembangkang di sekitar ibu kota dan lain-lain kawasan sehingga menjelangnya pilihanraya 2004 nanti.
|
Sebarkan Maklumat di laman ini! |
Anda sangat di galakkan menyebarkan maklumat di laman ini sebelum 30 Ogos 2001.Sebarkan mesej di bawah: "Le Tour De Reformasi, 31 Ogos 2001, solat jumaat di masjid sekitar KL, 2.30 ptg di Dataran Merdeka, http://tourreformasi.tripod.com , sebarkan 20 X" Hantarkan mesej di atas kepada rakan-rakan anda sebanyak 20 X :
1. Melalui SMS
2. Melalui Email
3. Melalui ICQ
4. Melalui Yahoo Messenger
5. Melalui IRC
6. Melalui Mulut ke mulut
7. Melalui Faksimili
8. Melalui cara lain
|