KEMERDEKAAN HAK RAKYAT oleh Rakyat Prihatin (RAPI) |
Jadual perjalan bagi 30 Ogos 2001
Negeri/Masa | 10.00 pagi | 2.00 ptg | 3.00 ptg | 5.00 ptg |
Perlis | Kangar | Kulim | Bkt. Merah | Ipoh (s) |
Kedah | B.Kayu Hitam | Kulim | Bkt. Merah | Ipoh (s) |
P. Pinang | Sg. Dua | | Bkt. Merah | Ipoh (s) |
Perak | | | | Ipoh (s) |
Negeri/Masa | 10.00 pagi | 2.00 ptg | 3.00 ptg | 5.00 ptg |
Johor | Skudai | Air Keroh | Seremban R&R | |
Melaka | | Air Keroh | Seremban R&R | |
N. Sembilan | | P. Dicson | Seremban R&R | |
Negeri/Masa | 10.00 pagi | 2.00 ptg | 3.00 ptg | 5.00 ptg |
Kelantan | K.Baharu | Gua Musang | Kuala Lipis | Tol Bentong |
Terengganu | Kuantan | Gua Musang | Maran | Tol Bentong |
Pahang | | Kuantan | Maran | Tol Bentong |
Negeri/Masa | 10.00 pagi | 2.00 ptg | 3.00 ptg | 5.00 ptg |
Selangor & Wilayah Persekutuan | | | | S. Bernam K.Langat Gombak Kajang |
Jadual perjalanan bagi 31 Ogos 2001
Negeri/Masa | 10.00 pagi | 2.30 tgh hari |
Yang datang dari (Utara) Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak, (Selatan) Johor, Melaka & N.Sembilan), (Timur) Kelantan, Terengganu & Pahang | | Selepas solat jumaat, kita bergerak ke Dataran Merdeka untuk menyambut kemerdekaan |
Yang datang dari Selangor & Wilayah Persekutuan | Sila bertolak dari rumah pada jam 10.00 pagi dan seterusnya kita bergerak untuk solat jumaat di Masjid Negara KL, Masjid Jamek KL, Masjid India KL, Masjid KLCC KL, Masjid Kg. Baru KL | Selepas solat jumaat, kita bergerak ke Dataran Merdeka untuk menyambut kemerdekaan |
//**// Nota untuk pengunjung //**//
Pada 30 Ogos 2001 seluruh rakyat Malaysia akan membuat Le Tour De Reformasi di mana rakyat akan bergerak dari tempat-tempat tertentu menuju ke Dataran Merdeka. Rakyat yang datang dari sebelah utara, selatan dan timur akan bergerak dan singgah di tempat-tempat tertentu seperti yang di paparkan di dalam jadual di atas.
Pada 31 Ogos 2001 pula, rakyat yang datang dari Utara akan berkumpul di R&R Ulu Bernam, rakyat yang datang dari Selatan akan berkumpul di R&R Sg. Besi, rakyat yang datang dari Timur akan berkumpul di R&R Gombak, manakala yang datang dari Selangor & Wilayah Persekutuan akan bergerak dari rumah masing-masing mulai jam 10.00 pagi.
Seterusnya rakyat akan bergerak menuju ke Masjid Negara, Masjid Jamek, Masjid India, Masjid KLCC & Masjid Kg. Baru untuk menunaikan solat jumaat.
Setelah selesai solat jumaat, rakyat akan bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Tujuan rakyat berkumpul di Dataran Merdeka adalah untuk membuat DESAKAN KEMERDEKAAN di mana didalamnya rakyat menuntut perkara-perkara berikut:
Mahathir letak jawatan
Martabat Islam diagungkan dan menghormati agama lain
Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dan segala fitnah dibersihkan
ISA dihapuskan dan tahanan-tahanan dibebaskan
Hak kebebasan rakyat untuk bersuara dikembalikan dan sekatan ceramah dimansuhkan
Penyelewengan wang rakyat dihentikan
Badan Kerajaan tidak disalahgunakan
|
|
Sebarkan Maklumat di laman ini! |
Anda sangat di galakkan menyebarkan maklumat di laman ini sebelum 30 Ogos 2001.Sebarkan mesej di bawah: "Le Tour De Reformasi, 31 Ogos 2001, solat jumaat di masjid sekitar KL, 2.30 ptg di Dataran Merdeka, http://tourreformasi.tripod.com , sebarkan 20 X" Hantarkan mesej di atas kepada rakan-rakan anda sebanyak 20 X :
1. Melalui SMS
2. Melalui Email
3. Melalui ICQ
4. Melalui Yahoo Messenger
5. Melalui IRC
6. Melalui Mulut ke mulut
7. Melalui Faksimili
8. Melalui cara lain
|