Le Tour De Reformasi http://tourreformasi.tripod.com
Laman Utama Salam dari WM Jadual Perjalanan Desakan Kemerdekaan Poster Le Tour
KEMERDEKAAN HAK RAKYAT oleh Rakyat Prihatin (RAPI)
 
Salam Dari Webmaster
 
Assalamulaikum dan Salam Reformasi

Alhamdulillah pada tahun ini sekali lagi dapat kita menyambut kemerdekaan negara kita yang kita cintai Malaysia. Kita bersyukur kerana negara kita telah merdeka dan kita sebagai rakyat yang patriotik dan bermaruah telah dapat mengisi kemerdekaan dengan sewajarnya.

Namun begitu, walaupun negara kita telah 44 tahun merdeka, namun rakyat kita masih terjajah oleh banyak sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Anak Malaysia sendiri. Rakyat dapat menyaksikan bagaimana institusi polis digunakan untuk memfitnah DSAI dengan pelbagai fitnah yang direka-reka. Juga Ketua Polis Negara telah diperkudakan oleh Mahathir untuk membelasah DSAI sehingga hampir maut. Sehingga kini DSAI terlantar menderita kesakitan dipenjara Sungai Buluh, terbiar tanpa rawatan yang wajar.

Terkini, akta gila ISA digunakan sewenang-wenangnya untuk menangkap pejuang-pejuang rakyat yang tidak mengenal erti kepentingan diri sendiri demi memperjuangkan hak rakyat tertindas. Pelbagai tuduhan dan fitnah dikenakan keatas mereka, bermula dari aksi-aksi militan sehinggalah kepada mempunyai banyak senjata-senjata berbahaya seperti pelancar roket, molotov cocktail, bom dan sebagainya.

Berturutan dengan itu 10 orang pemuda PAS termasuk anak MB Kelantan TG Nik Aziz, Ustaz Nik Adli telah ditangkap dibawah akta yang gila ini. Alasannya tidak jauh bebeza iaitu menganggotai Kumpulan Mujahiddin Malaysia yang ingin menjatuhkan kerajaan melalui cara militan. Beginilah layanan yang diberikan oleh pemerintah kepada rakyat Malaysia yang merdeka. Rakyat yang lantang membela rakyat lain yang ditindas, terus-terusan ditangkap, dikurung dan dizalimi.

Jika benar pejuang reformasi dan pemuda PAS ini militan, kita mencabar supaya Polis dan KDN segera hadapkan mereka ke mahkamah terbuka. Jika rakyat benar-benar dilatih dengan cara militan sudah lama penzalim-penzalim ini terhapus dari bumi Malaysia ini. Tetapi rakyat Malaysia masih rasional didalam tindakan mereka dan sebagai buktinya bagaimana BN Kelantan dan Trengganu dapat rakyat tumbangkan tanpa sedikitpun pertumpahan darah. Kita juga hairan, bagaimana polis Malaysia yang dikatakan “cepat dan betul” itu masih gagal membawa bukti dan seterusnya membuat pertuduhan terhadap mereka ini di Mahkamah. Mungkin motto itu boleh ditafsirkan begini, “cepat” – dalam hal-ehwal menangkap rakyat yang menjadi ancaman kepada beberapa kerat tuan politik mereka dan “betul” mengiyakan seluruh perintah tuan politik mereka walaupun disuruh makan najis. Inilah institusi kepolisan Malaysia setelah 44 tahun merdeka.

Webmaster juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar melihat kebelakang bagaimana Agama Islam dan Institusi agama terus-terusan dipijak dan dihenyak oleh pemerintah Zalim Mahathir serta kuncu-kuncunya. Semakin hari, maruah Islam semakin terhakis dan semakin menipis. Sesuai dengan sambutan kemerdekaan juga webmaster ingin mengajak rakyat semua mempertahankan kesucian Islam dan juga agama-agama lain. Hasilnya kita boleh lihat sendiri bagaimana rosaknya generasi kini dengan pelbagai gejala tidak sihat seperti Black Metal, penagihan dadah, gejala sosial yang tidak terkawal serta pelbagai lagi keruntuhan moral anak-anak muda kita.

Rakyat yang merdeka tidak harus merasa takut dan gentar dengan pelbagai ancaman yang dikenakan kepada kita. Biar kita menjadi seperti sekeping besi waja yang semakin diketuk semakin nipis, semakin diketuk semakin nipis yang akhirnya akan menjadi pedang yang akan memenggal setiap kepala musuh-musuh kita. Kita tiada lagi masa untuk berdiam diri dirumah kerana jika dibiarkan lebih ramai lagi rakyat akan dizalimi dan negara kita akhirnya akan tergadai dek perangai tamak-haloba mereka. Rakyat mesti bangkit tanpa sedikit pun rasa takut untuk kita bersama-sama memberikan nilai sebenar KEMERDEKAAN HAK RAKYAT.

Reformasi, Reformasi, Reformasi

AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar.

Jumpa lagi....

ramli@freeanwar.com

 

Sebarkan Maklumat di laman ini!
    Anda sangat di galakkan menyebarkan maklumat di laman ini sebelum 30 Ogos 2001.

    Sebarkan mesej di bawah:

    "Le Tour De Reformasi, 31 Ogos 2001, solat jumaat di masjid sekitar KL, 2.30 ptg di Dataran Merdeka, http://tourreformasi.tripod.com , sebarkan 20 X"

    Hantarkan mesej di atas kepada rakan-rakan anda sebanyak 20 X :

    1. Melalui SMS
    2. Melalui Email
    3. Melalui ICQ
    4. Melalui Yahoo Messenger
    5. Melalui IRC
    6. Melalui Mulut ke mulut
    7. Melalui Faksimili
    8. Melalui cara lain


Berita Akhbar


Links Reformasi