Laman Utama | Salam dari WM | Jadual Perjalanan | Desakan Kemerdekaan | Poster Le Tour |
Laman Umno bantah demo reformasi, salahkan Suhakam
7:37am, Sun:
Laman web rasmi Umno mendakwa laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mengkritik polis Isnin lalu telah mendorong gerakan reformasi untuk menganjurkan perhimpunan terbaru ‘Le Tour de Reformasi’ pada 31 Ogos.
“Kini nafas baru diperolehi pembangkang untuk kembali meneruskan acara mingguan popular mereka itu selepas sahaja keputusan Suhakam berjaya menimbulkan tekanan buat pasukan polis,” kata seorang penulis yang dikenali Musa Joned hari ini.
Menurut laman web itu lagi, perhimpunan anjuran kumpulan penyokong bekas timbalan perdana menteri itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diadakan sempena tarikh kemerdekaan negara dan dijangka berlangsung jam 3 petang di Dataran Merdeka.
Tarikh itu jatuh pada Jumaat dan peserta diminta oleh penganjur agar mengadakan solat pada tengahari itu di masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Jamek, Masjid India, Masjid KLCC dan juga Masjid Kampung Baru, tambah laman web itu lagi, dengan memetik maklumat laman web proreformasi terkenal, Laman Reformasi.
“Nampaknya begitu teliti perancangan ini dibuat sehinggakan masjid untuk solat Jumaat dan sekali gus menghimpunkan golongan mereka ini juga dikenal pasti.
“Yang menariknya masjid-masjid ini memang menjadi tempat strategik untuk berkumpul hatta sekali gus boleh menarik dan mempengaruhi ‘crowd’ untuk turut serta,” tulisan bertajuk ‘Suhakam bakal jadi ‘kambing hitam’ puak gila demonstrasi’ di laman Umno dipetik.
Penulis juga menyindir suruhanjaya hak asasi itu lagi dengan menyebutkan: “Nampaknya keputusan (siasatan awam) Suhakam (diumumkan pada 20 Ogos) yang menyalahkan cara polis menangani pembangkang yang berhimpun secara haram di Lebuhraya Kesas tepat pada masanya.”
'Nampak polis jahat' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata laporan itu “lebih banyak dipengaruhi pemikiran Barat dan bukannya untuk kepentingan negara.”
“Mereka (anggota Suhakam) tidak berfikir bagi kepentingan Malaysia,” katanya Rabu lalu, sebaik sahaja pulang dari luar negara.
Perdana Menteri juga berkata, badan itu sepatutnya memberikan pertimbangan kepada keterangan yang diberikan oleh anggota polis memandangkan mereka bertugas dalam keadaan tertekan bagi menangani perhimpunan itu.
“Dia (Suhakam) hanya lihat dari satu sudut dan nampak polis jahat,” katanya lagi.
Laporan setebal 66 halaman itu berdasarkan keterangan 46 saksi, termasuk 16 anggota polis, Presiden Keadilan Dr Wan Azizah Wan Ismail, dua anggota Dewan Rakyat pembangkang dan seorang pelajar perempuan, berumur 17 tahun
|
Sebarkan mesej di bawah: "Le Tour De Reformasi, 31 Ogos 2001, solat jumaat di masjid sekitar KL, 2.30 ptg di Dataran Merdeka, http://tourreformasi.tripod.com , sebarkan 20 X" Hantarkan mesej di atas kepada rakan-rakan anda sebanyak 20 X :
1. Melalui SMS
Fitnah e-Umno WebMarhaen Minda Rakyat Web Reformis NT ISA Komentar Pemantau Black 14 Maaf, masa terlalu suntuk utk wm mencari link-link laman reformasi. |